There was an error in this gadget

Thursday, 22 December 2011

HASUTAN SETAN

Setelah berborak lama, Lynn mahu ke tandas. “I’ll be back shortly, bebeh!” katanya kepada Daniel. Jejaka tampan itu mengangguk dan senyum. Apabila Lynn masuk ke dalam rumah, setan cuba menghasut Daniel. “Line clear…Get her!”

Lynn keluar daripada tandas biliknya yang terletak di tingkat atas rumah agam itu. Agak lama juga dia ‘menabung’. “Baby…”sapa Daniel di depan tandas sebaik sahaja Lynn melangkah keluar. Lynn terkejut beruk dan beristighfar. Tangan kanannya mengusap-usap dada.

 “What are u doing here?” Tanya Lynn dalam nada yang agak keras. Daniel merapatkan dirinya seraya berkata, “I…I…” Dia membuka tangan untuk memeluk Lynn. Belum sempat dia menyentuh aweknya, Lynn menendang kemaluannya. Apa lagi, senak la jawabnya. Setahu Lynn, situlah lokasi paling strategik untuk melemahkan kaum Adam. Dia pun menolak Daniel dan berlari keluar.

Ditekannya alat kecemasan skrin sentuh di tepi tangga. Beberapa saat kemudian, wajah papanya terpapar di skrin. “Sweetheart, what’s happening?” Tanya papanya cemas. “Daniel, pa. He’s trying to rape me!” “What! Papanya terkejut. “Listen! Go to the SECRET ROOM! We’ll be back in minutes.” Arah papanya. SECRET ROOM merupakan bilik kebal untuk berlindung bagi keluarga Hisyam daripada sebarang bahaya sama ada ancaman manusia atau bencana alam.

Amir terhenjut-henjut mencari Lynn. Nasib baik dia tidak tahu kewujudan alat kecemasan dan SECRET ROOM. Dia sedikit naïf tentang teknologi. Amir memanggil-manggil nama Lynn dengan nada suspen yang berbunyi “U can run but u can’t hide.”

Lynn berada dalam keadaan tenang di dalam bilik keselamatan kerana dia percaya dan yakin dengan kehebatan bilik itu. Dia dapat lihat Amir berlegar-legar mencarinya melalui skrin di dinding bilik itu. Terdapat 3 paparan skrin yang memaparkan ruang dalaman rumah, luar rumah dan nombor ‘contact’ papa serta mamanya. Pada skrin luar rumah, kelihatan papa dan mamanya sudah sampai. “Alhamdulillah…” ucapnya syukur.  

“Amir!!!” Laung papa Lynn sebaik sahaja membuka pintu rumah sementara mama Lynn segera mendapatkan anak daranya. Amir terkejut badak. “Shit!” katanya. Dia tidak dapat melarikan diri kerana seluruh sistem keselamatan dan kecemasan rumah itu telah diaktifkan. Nak tak nak, terpaksalah dia bersemuka dan berhadapan dengan Uncle Hisyam, Auntie Zetty dan Lynn sendiri.

Di dalam SECRET ROOM, Lynn berpelukan dengan mamanya. “Are u ok, girl?” Tanya Auntie Zetty penuh kerisauan. “Yeah! I’m alright.” Balas Lynn sambil memejamkan mata. “Thank god!” Lega rasanya mama Lynn.

Tidak lama selepas itu, Amir menyerah diri. “I’m sorry…” “Sorry? What do u think u tried to do?” tengking Auntie Zetty penuh emosi. “How could you? U know what? I don’t wanna see u anymore. Get out of my sight!” kata Lynn kesal dengan perbuatan Amir. Uncle Hisyam turut bersuara, “U heard her, right? So, get out!”

Amir pun melangkah keluar daripada rumah itu. Lynn membuat ‘big hug’ dengan papa dan mamanya. Dia bersyukur kerana dapat menyelamatkan diri, maruah dan daranya daripada jantan tidak berguna itu.     

Tuesday, 20 December 2011

ANAK ANGKAT KEMBAR

Amir tiba di kediaman mewah Lynn menaiki basikal Pixie berwarna hijau pucuk pisang dan putih. Setelah melepasi pengimbas keselamatan di pintu pagar, dia meletakkan basikal kesayangannya itu di sebelah basikal pixie Lynn yang sudah di`parking’ kat situ. Ianya pun berwarna sama. Memang sedondon.

Belum sempat Amir menekan alat pengesan orang datang di pintu, tiba-tiba terdengar lagu Lighter, kolaborasi antara Bruno Mars dan Eminem menghangatkan halwa telinganya. “That’s my favourite song!” katanya. Bunyi itu datang dari taman di tepi kanan rumah. Dia memulakan langkah mendapatkan bunyi tersebut.

“There u are…” sapa Lynn dengan manja. Amir tersenyum dan duduk di sebelah mata airnya. Diaorang pun melayari malam yang indah itu.  

Sementara itu, di rumah Uncle Irfan…

               “Chak! Aaa…” Uncle Hisyam mengagah-agah Haikal manakala Auntie Zetty pula mengagah-agah Arina. Diaorang merupakan anak kembar tidak seiras pasangan Uncle Irfan dan Auntie Amy. Diaorang dilahirkan dua bulan yang lepas di sebuah hospital swasta terkenal. Uncle Hisyam dan Auntie Zetty akan menjadi ibu bapa angkat si kembar itu sekaligus menjadi adik-beradik Lynn. Dia tidak tahu pun pasal tu. Sebenarnya, ia adalah suatu ‘surprise’ daripada papa dan mamanya.

               “So, what’s the progress guys?” Uncle Hisyam bersuara. “Everything’s ready although it’s hard to let them go…” Auntie Amy menjawab dengan sayu. “Don’t worry! We’ll be fine.” Kata Uncle Irfan pula sambil tersenyum dan memeluk bahu isteri tercintanya. “Just promise us one thing!” katanya lagi. “What is it?” Tanya Uncle Hisyam. Uncle Irfan menatap mata Uncle Hisyam dan Auntie Zetty seraya berkata, “Take the best care of them. Tell them the truth when it is the time.” “We promise!” kata Uncle Hisyam dan Auntie Zetty serentak. “We’ll love them like we love Lynn.” Kata Auntie Zetty sambil meramas tangan Auntie Amy.     

KENANGAN LALU

Lagu Beribu Sesalan dendangan Ning, Jac & Shila berkumandang dalam bilik Lynn. Dia melayan lagu itu melalui Ipad yang telah dihadiahkan oleh Daniel sempena harijadinya. Dia berbaring di atas tilam Vono yang empuk. Sesekali fikirannya melayang terkenangkan peristiwa siang hari tadi. Setelah sekian lama, rupa-rupanya Amir masih lagi mencintainya. Dia pun teringat kenangan ketika diaorang masih bercinta.
Memang indah saat itu. Walaupun sekadar cinta monyet tetapi ia amat bermakna bagi kedua-dua sang pencinta itu. Semua orang merestui perhubungan diaorang. Malah, cikgu-cikgi pun tidak menghalang kerana diaorang tidak pernah mengabaikan pelajaran atau membuat onar di sekolah.

“Hey, babe! Let’s take a walk.” Itulah skrip yang didengari Lynn setiap petang tatkala buah hatinya mengajaknya keluar berjalan-jalan. Memang itulah kerja si Amir sebelum dia bermain bola. Dia akan pastikan diaorang bersama supaya bersemangat sikit nak main bola.


“Girl, we’re going to Uncle Irfan’s. We’ll be home not late than midnight.” Kata ibu Lynn, Auntie Zetty pada suatu malam. Papa dan mamanya selalu juga ke sana atas sebab-musabab yang tidak diketahuinya. “Alright!” Balasnya selamba.
Lynn anak tunggal, anak emas dan segala-gala anaklah bagi pasangan Hisyam dan Zetty. Dia melihat jam di Iphone. Baru jam 9.09 malam. Dicapainya Ipad lalu melayari Internet. Dilayannya America’s Next Top Supermodel, Maharaja Lawak Mega dan Moves Like Jagger kat Youtube.   
Tidak lama selepas itu, dia mula berasa bosan. Ditekannya nombor enset Amir. “Hey, watcha doing?” Tanya Lynn. “Playing games!” Jawab boyfriendnya di hujung talian. “Wazzup?” Tambahnya lagi. Lynn membalas, “Mmm…I’m bored. Pa and ma’s out. Can u come over for a while?” “Sure! Just gimme a minute k?” Amir menjawab. “Cool!” kata Lynn dan memutuskan talian.

Monday, 19 December 2011

RAYUAN PENAGIH CINTA

     "Excuse me...who wants u? We're completely nothing to do with each other. Are u crazy or what?" kata Lynn kepada Amir dengan nada yang geram. Tangannya menggenggam erat tangan Daniel. Daniel terasa bagaikan ada suatu kuasa menyelinap masuk ke dalam darahnya. Dengan beraninya dia berkata kepada Amir, "U heard her, right? So, fuck off!" sambil membuat isyarat berambus.


     "But I love u, Lynn. Really really love u! I can't live without u. Please come back to me." Rayu si penagih cinta itu. Lynn menjawab,"Are u deaf? No! No! No!"


     Lontaran vokal Lynn menggamatkan suasana. Pelanggan-pelanggan lain yang sedang makan 'pause' seketika untuk menyaksikan drama tersebut. 


     Daniel yang sedar keadaan itu mula merasa malu. Kemudian dia bersuara, "I think u're mad, man! We're going and u can kiss your ass!"


     Selepas meletakkan wang kertas 10 hinggit di atas meja, Daniel mencapai tangan Lynn dan berpimpin lalu beredar dari situ. Amir hanya mampu memerhatikan diaorang pergi. Kemudian, dia blah dengan perasaan marah bercampur sedih. 

DUSH SANA DUSH SINI


     Kejadian itu berlaku ketika pelajar dan guru sibuk menyusun meja dan kerusi di dalam dewan peperiksaan. Daniel pergi ke tandas untuk melepaskan hajatnya. Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk, Amir muncul bersama Chong dan Raju dari dalam tandas. 

"Look who have we here, guys!" Kata Amir dengan nada berlagak. 

"Out of my way!" pinta Daniel sambil meneruskan langkahnya.

     Dia tidak mahu melayan 3 penyangak itu. Apatah lagi pada masa tu dia dah nak terkencing. Diaorang tidak berganjak. Apabila Daniel tiba beberapa inci di hadapan Amir yang berada di tengah antara Chong dan Raju, Amir cuba menumbuk perut Daniel yang 'six pack'. Tetapi Daniel dah 'alert' lalu ditempisnya tangan Amir. Walaupun tangan Amir lagi 'tough' daripada tangannya namun tempisannya yang cepat berjaya menghalang tumbukan si keparat itu.

     Kaki Chong pula menendang belakang Daniel sepantas kilat. Kali ini dia tidak dapat meramal serangan itu. Akibatnya, dia jatuh tersungkur. Daniel mengerang kesakitan. Dia menggagahkan dirinya untuk bangun seraya berteriak, "Bastards!!!." Amir, Chong dan Raju terkejut beruk dan berpandangan sesama sendiri. Tiba-tiba Daniel menjerit, "Yarghhh!" dan diaorang bertiga disetelkan Daniel cukup-cukup persis watak hero membelasah penjahat dalam filem Tamil. Dush sana dush sini. 

     Tidak lama selepas itu, Daniel berhenti setelah berpuas hati. Dia mendapati ketiga-tiga melaun itu menggelupur kesakitan. "Rasakan! berani mati nak sentuh aku. You will get more than this if you ever disturb me again!" 'Warning Daniel kepada diaorang.

Daniel pun melepaskan hajatnya yang terbantut. Agak senak juga pundi kencingnya menahan. "What a relieve!" Katanya dalam hati selepas dibuang sisa badan tersebut. Apabila dia keluar, Amir, Chong dan Raju sudah blah dari situ. Dia kembali ke dewan peperiksaan. 

BUAT HAL KAT KEDAI MAKAN


    Dush! Suatu tumbukan padu hinggap di muka Daniel. Dia yang tengah syok menikmati makan tengah hari di gerai Uncle Sam hampir jatuh dek tumbukan itu. Nasib baik dia sempat berpegang pada sisi meja walaupun makanannya habis tumpah.

“What the fuck?”

               Daniel menjerit pada lelaki yang menumbuknya sambil tangan kirinya dihayun pantas untuk membalas tumbukan tadi. Tapi sayang, lelaki itu seakan sudah bersedia dan berjaya mengelak.

               Dengan berlagaknya lelaki tersebut berkata, “That’s all u got, bro? Come on…” Darah Daniel menyirap ke seluruh badannya bagaikan gunung berapi yang akan meletup bila-bila masa sahaja.

“What the hell u want, jackass?” Tanya Daniel dengan nada yang geram.

 “I want her!” jawab lelaki itu sambil menunjuk pada seorang minah cun yang berdiri di sebelah Daniel.

               Perempuan itu sebenarnya awek Daniel. Namanya Lynn. Diaorang dah kapel hampir 2 tahun. Kecantikan Lynn takyah cakap ar…memang lawa gile! Dengan mata yang menggoda, rambut hitam pekat, hidung mancung dan bibir yang menawan. Itu belum susuk tubuhnya yang kecil molek dan kulit yang putih gebu. Tidak hairanlah dia menjadi kegilaan ramai jejaka. Jejaka yang bertuah memilikinya sudah tentulah si Daniel. Dia pun apa kurangnya. Memiliki wajah yang tampan, susuk tubuh ala-ala Hrithik Roshan dan seorang yang gentleman.

“She’s my girl! What do u think u are asking?” kata Daniel kepada lelaki itu.

     Lelaki itu ialah Amir. Diaorang bertiga bersekolah di sekolah yang sama beberapa tahun lepas. Pada masa itu, Amir bercinta monyet dengan Lynn. Lynn ada sebabnya kenapa diaorang putus tetapi tidak pernah bagitau sesiapa pun. Kemudian, cinta Lynn beralih arah kepada Daniel. Daniel ketika itu merupakan seorang pelajar yang terer dan dia tidak mempunyai teman wanita. Kehidupannya hanyalah belajar, berkawan dan bersama keluarganya.

      Bak kata orang tua-tua, jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Ketika diaorang sibuk membuat persiapan dan persediaan menghadapi peperiksaan SPM, kuasa Tuhan menyatukan diaorang. Namun begitu, Amir tidak dapat menerima kenyataan tersebut dan dia bagaikan cacing kepanasan. Bermacam-macam cara dibuatnya untuk memisahkan merpati dua sejoli itu. Paling kronik ialah dia cuba membelasah Daniel dalam tandas sekolah. Tetapi Daniel bukan jenis yang tunduk mengalah. Dia melawan dan berjaya menumpaskan Amir.