Tuesday 20 December 2011

KENANGAN LALU

Lagu Beribu Sesalan dendangan Ning, Jac & Shila berkumandang dalam bilik Lynn. Dia melayan lagu itu melalui Ipad yang telah dihadiahkan oleh Daniel sempena harijadinya. Dia berbaring di atas tilam Vono yang empuk. Sesekali fikirannya melayang terkenangkan peristiwa siang hari tadi. Setelah sekian lama, rupa-rupanya Amir masih lagi mencintainya. Dia pun teringat kenangan ketika diaorang masih bercinta.
Memang indah saat itu. Walaupun sekadar cinta monyet tetapi ia amat bermakna bagi kedua-dua sang pencinta itu. Semua orang merestui perhubungan diaorang. Malah, cikgu-cikgi pun tidak menghalang kerana diaorang tidak pernah mengabaikan pelajaran atau membuat onar di sekolah.

“Hey, babe! Let’s take a walk.” Itulah skrip yang didengari Lynn setiap petang tatkala buah hatinya mengajaknya keluar berjalan-jalan. Memang itulah kerja si Amir sebelum dia bermain bola. Dia akan pastikan diaorang bersama supaya bersemangat sikit nak main bola.


“Girl, we’re going to Uncle Irfan’s. We’ll be home not late than midnight.” Kata ibu Lynn, Auntie Zetty pada suatu malam. Papa dan mamanya selalu juga ke sana atas sebab-musabab yang tidak diketahuinya. “Alright!” Balasnya selamba.
Lynn anak tunggal, anak emas dan segala-gala anaklah bagi pasangan Hisyam dan Zetty. Dia melihat jam di Iphone. Baru jam 9.09 malam. Dicapainya Ipad lalu melayari Internet. Dilayannya America’s Next Top Supermodel, Maharaja Lawak Mega dan Moves Like Jagger kat Youtube.   
Tidak lama selepas itu, dia mula berasa bosan. Ditekannya nombor enset Amir. “Hey, watcha doing?” Tanya Lynn. “Playing games!” Jawab boyfriendnya di hujung talian. “Wazzup?” Tambahnya lagi. Lynn membalas, “Mmm…I’m bored. Pa and ma’s out. Can u come over for a while?” “Sure! Just gimme a minute k?” Amir menjawab. “Cool!” kata Lynn dan memutuskan talian.

No comments:

Post a Comment