Monday 19 December 2011

DUSH SANA DUSH SINI


     Kejadian itu berlaku ketika pelajar dan guru sibuk menyusun meja dan kerusi di dalam dewan peperiksaan. Daniel pergi ke tandas untuk melepaskan hajatnya. Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk, Amir muncul bersama Chong dan Raju dari dalam tandas. 

"Look who have we here, guys!" Kata Amir dengan nada berlagak. 

"Out of my way!" pinta Daniel sambil meneruskan langkahnya.

     Dia tidak mahu melayan 3 penyangak itu. Apatah lagi pada masa tu dia dah nak terkencing. Diaorang tidak berganjak. Apabila Daniel tiba beberapa inci di hadapan Amir yang berada di tengah antara Chong dan Raju, Amir cuba menumbuk perut Daniel yang 'six pack'. Tetapi Daniel dah 'alert' lalu ditempisnya tangan Amir. Walaupun tangan Amir lagi 'tough' daripada tangannya namun tempisannya yang cepat berjaya menghalang tumbukan si keparat itu.

     Kaki Chong pula menendang belakang Daniel sepantas kilat. Kali ini dia tidak dapat meramal serangan itu. Akibatnya, dia jatuh tersungkur. Daniel mengerang kesakitan. Dia menggagahkan dirinya untuk bangun seraya berteriak, "Bastards!!!." Amir, Chong dan Raju terkejut beruk dan berpandangan sesama sendiri. Tiba-tiba Daniel menjerit, "Yarghhh!" dan diaorang bertiga disetelkan Daniel cukup-cukup persis watak hero membelasah penjahat dalam filem Tamil. Dush sana dush sini. 

     Tidak lama selepas itu, Daniel berhenti setelah berpuas hati. Dia mendapati ketiga-tiga melaun itu menggelupur kesakitan. "Rasakan! berani mati nak sentuh aku. You will get more than this if you ever disturb me again!" 'Warning Daniel kepada diaorang.

Daniel pun melepaskan hajatnya yang terbantut. Agak senak juga pundi kencingnya menahan. "What a relieve!" Katanya dalam hati selepas dibuang sisa badan tersebut. Apabila dia keluar, Amir, Chong dan Raju sudah blah dari situ. Dia kembali ke dewan peperiksaan. 

No comments:

Post a Comment