Monday 19 December 2011

BUAT HAL KAT KEDAI MAKAN


    Dush! Suatu tumbukan padu hinggap di muka Daniel. Dia yang tengah syok menikmati makan tengah hari di gerai Uncle Sam hampir jatuh dek tumbukan itu. Nasib baik dia sempat berpegang pada sisi meja walaupun makanannya habis tumpah.

“What the fuck?”

               Daniel menjerit pada lelaki yang menumbuknya sambil tangan kirinya dihayun pantas untuk membalas tumbukan tadi. Tapi sayang, lelaki itu seakan sudah bersedia dan berjaya mengelak.

               Dengan berlagaknya lelaki tersebut berkata, “That’s all u got, bro? Come on…” Darah Daniel menyirap ke seluruh badannya bagaikan gunung berapi yang akan meletup bila-bila masa sahaja.

“What the hell u want, jackass?” Tanya Daniel dengan nada yang geram.

 “I want her!” jawab lelaki itu sambil menunjuk pada seorang minah cun yang berdiri di sebelah Daniel.

               Perempuan itu sebenarnya awek Daniel. Namanya Lynn. Diaorang dah kapel hampir 2 tahun. Kecantikan Lynn takyah cakap ar…memang lawa gile! Dengan mata yang menggoda, rambut hitam pekat, hidung mancung dan bibir yang menawan. Itu belum susuk tubuhnya yang kecil molek dan kulit yang putih gebu. Tidak hairanlah dia menjadi kegilaan ramai jejaka. Jejaka yang bertuah memilikinya sudah tentulah si Daniel. Dia pun apa kurangnya. Memiliki wajah yang tampan, susuk tubuh ala-ala Hrithik Roshan dan seorang yang gentleman.

“She’s my girl! What do u think u are asking?” kata Daniel kepada lelaki itu.

     Lelaki itu ialah Amir. Diaorang bertiga bersekolah di sekolah yang sama beberapa tahun lepas. Pada masa itu, Amir bercinta monyet dengan Lynn. Lynn ada sebabnya kenapa diaorang putus tetapi tidak pernah bagitau sesiapa pun. Kemudian, cinta Lynn beralih arah kepada Daniel. Daniel ketika itu merupakan seorang pelajar yang terer dan dia tidak mempunyai teman wanita. Kehidupannya hanyalah belajar, berkawan dan bersama keluarganya.

      Bak kata orang tua-tua, jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Ketika diaorang sibuk membuat persiapan dan persediaan menghadapi peperiksaan SPM, kuasa Tuhan menyatukan diaorang. Namun begitu, Amir tidak dapat menerima kenyataan tersebut dan dia bagaikan cacing kepanasan. Bermacam-macam cara dibuatnya untuk memisahkan merpati dua sejoli itu. Paling kronik ialah dia cuba membelasah Daniel dalam tandas sekolah. Tetapi Daniel bukan jenis yang tunduk mengalah. Dia melawan dan berjaya menumpaskan Amir.

No comments:

Post a Comment